Isyariana – Saya memang takut hendak kahwin
Isyariana – Saya memang takut hendak kahwin
“Saya memang takut hendak kahwin. Mungkin sebab itu sampai sekarang masih tiada pasangan. Pengalaman lalu mematangkan saya.”
Demikian luahan pelakon, Isyariana ketika ditanya tentang jodoh. Di kala rakan artis lain sudah mula naik pelamin, dia dilihat seperti gembira sendiri. Tidak ada ura-ura sedang bercinta, apatah lagi mahu mendirikan rumah tangga.
Lantas timbul persoalan, apa sebabnya dia selesa sendiri. Pengalaman apakah yang membuatkan dia tegar untuk tidak memikirkan soal perkahwinan di usia 32 tahun?
Saya pernah berada dalam situasi rumah tangga berantakan. Jadi saya ajar diri untuk tidak dilihat lemah. Saya tak boleh lemah.
“Saya bukan takut teraniaya. Tak ada perasaan trauma pun. Cuma saya susah hendak percaya dengan orang. Kadang-kadang, kita kenal lama pun belum tentu selamanya boleh dipercayai.
Baca Artikel Menarik:
- Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
- Penyondol kepada suami diserang ditepi jalan!
- Ibu mentua dari ‘syurga’
Sebab itu saya selesa dengan keadaan sekarang. Sendiri, bersama kawan-kawan. Lebih-lebih lagi bila melakonkan watak wanita dicurangi, ditipu. Lagilah saya sudah hendak percaya lelaki,” ujarnya.
Melakonkan watak sebagai Adellia dalam drama yang sedang hangat diperkatakan, Isteri Halal, Isyariana bagaimanapun tidak menolak jika hatinya terbuka menerima kehadiran seorang lelaki kiriman Tuhan.
“Saya tak adalah serik kerana pernah dikecewakan. Seperti yang saya cakap, mungkin kerana saya ini lahir dalam keluarga bercerai berai. Jadi saya lihat bagaimana ibu bangkit semula selepas apa yang berlaku.
“Tidak tahu jika itu memberi impak yang besar sehingga saya tidak ada perasaan mahu berkahwin cuma bila ada yang mendekati, saya jadi ragu-ragu. Betul ke dia ikhlas? Betul ke dia nak kahwin?
“Saya percaya kepada jodoh itu Tuhan sudah tentukan. Jika satu hari nanti, ada seorang lelaki yang berjaya buka hati saya insya-Allah, ke jenjang pelamin lah saya,” katanya yang masih aktif sebagai penyanyi.
Baca Artikel Menarik:
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
Isyariana – Saya memang takut hendak kahwin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.