Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok

Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok

Mogok Doktor Malaysia mengecam apa jua ugutan terhadap doktor kontrak yang mahu menyertai bantahan bermula esok, selain bersedia membuat laporan polis besar-besaran berhubung ancaman itu.

Dalam hantaran Instagram, kumpulan itu mendakwa menerima tangkap layar dari doktor pakar memperlekehkan solidariti ‘tahi kucing’ doktor kontrak bermogok.

Tangkap layar itu juga menyatakan tindakan mogok dengan mengambil cuti sakit secara “main-main” menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit, selain perbuatan sedemikian akan dilaporkan kepada pihak tertinggi.

“Pihak kami akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap mana-mana doktor pakar yang terlibat dalam kes ugutan seperti ini. Tolong hantarkan nama kepada admin dengan bukti screenshot (tangkap layar).

“Kami akan memastikan pakar perubatan yang terlibat dalam ugutan dikenakan hukuman setimpal,” menurut hantaran di Instagram.

Bermula esok hingga 5 Apr, kumpulan itu mendakwa lebih 8,000 doktor kontrak di seluruh negara akan bermogok dengan mengadakan bantahan dengan mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit.

Mereka membantah “sistem tidak adil dan gaji rendah” dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

Hari ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, mengarahkan semua hospital berada pada tahap “berjaga-jaga” esok susulan kemungkinan berdepan mogok doktor kontrak. FMT

Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker