Man Toyol akhirnya ‘mendapat’, dipenjara 144 bulan, sebat tujuh kali

AYER KEROH: Lelaki digelar ‘Man Toyol’ dijatuhi hukuman penjara 144 bulan selain denda RM5,000 dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas enam kesalahan termasuk mencuri motosikal dan pecah rumah, tahun lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Norazman Amran, 32, serta menimbangkan fakta ia kesalahan serius dan berulang.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Demak EX 90 milik Abd Rasid Tompang, 48; memecah masuk rumah Jamilah Mat Top,79, dan mencuri jam tangan serta jam meja bernilai RM200 dan memecah masuk rumah Rosni Sham Samion, 55, serta serta wang tunai RM150 dan mesin gerudi.



Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tarikh, masa dan tempat berlainan, iaitu pada 31 Mei 2023 antara jam 1 pagi hingga 1 tengahari di kawasan kedai makan Satay Sarawak, Taman Tangga Batu serta di rumah di Batu 7, Bukit Rambai dan di Jalan Dataran Stokok, Kampung Sungai Udang, pada 9 Jun 2023 kira-kira 2 pagi dan 1 Oktober 2023, kira-kira 8 malam.

Bagi tiga lagi pertuduhan, Norazman didakwa masing-masing, menyembunyikan sebuah motosikal yang masih dilaporkan hilang milik Muhammad Nur Firdaus Rahimi, 25, bernilai RM1,500; menghapuskan harta curi iaitu motosikal Yamaha 135LC milik Muhammad Zulhilmi Md Jailani, 30, dan menerima atau menyimpan motosikal Sym Jet Power 125 milik Bibi Fatimah Ratam Singh @ Mohamed Ali.

Kesalahan itu dilakukan di Blok C, Pangsapuri Rakyat Sungai Putat; di kebun kelapa sawit tepi jambatan Sungai Umbai, Paya Dalam dan di parkir motosikal Blok G (Melor) Pangsapuri Taman Tasik Utama pada 15, 16 dan 18 Disember lalu antara jam 1.20 pagi hingga 2.50 petang.

Bagi kesalahan mencuri motosikal dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK), membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun dan denda, jika disabitkan.



Kesalahan menyimpan dan melupuskan motosikal curi pula dituduh mengikut Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan denda serta penjara antara enam bulan hingga tujuh tahun dan denda, jika disabitkan.

Bagi kesalahan pecah rumah dah curi pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan bagi kesalahan kali kedua boleh dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman ringan kerana sudah insaf selain perlu menanggung empat adik-beradik serta ibunya seorang warga Indonesia, namun Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal dikenakan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan penjara 36 bulan dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua, berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 14 Disember 2023.



Pertuduhan ketiga, penjara 40 bulan selepas tamat hukuman kes kedua dan empat sebatan manakala bagi tiga lagi pertuduhan dia dihukum penjara 12 bulan, enam bulan dan 18 bulan yang berjalan serentak selepas tamat hukuman kes ketiga.

Tertuduh juga didenda RM1,500 dan RM2,000 bagi pertuduhan keempat dan keenam, gagal bayar penjara tiga bulan.

Ini bermakna keseluruhannya tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 102 bulan berserta denda RM5,000 dan tujuh sebatan rotan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker