Teresa Kok persoal slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’.

Slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ untuk orang tempatan atau asing, soal bekas menteri.

Bekas menteri industri utama Teresa Kok minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali jawab siapa sasaran slogan baru kempen penerangan sawit, yang ditukar daripada “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan”.

Kok menerangkan cabaran yang dihadapi industri sawit ialah persepsi negatif terhadap eksport negara yang ketiga besar itu, Kok berkata kempen dilancar untuk memberi penerangan tentang sawit Malaysia ke seluruh dunia.

“Apakah slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ adalah untuk kempen yang mensasarkan warga Malaysia atau warga asing?” kata Kok dalam kenyataan.

“Sekiranya ia juga merupakan kempen yang menyasarkan masyarakat antarabangsa, maka slogan bagi kempen penerangan sawit ini haruslah kekal pada ‘Love MY Palm Oil’ atau ‘Sayangi Sawitku’.”

Kok berkata slogan asal diwujudkan kerana ia menyasarkan warga Malaysia dan masyarakat antarabangsa. “‘MY’ bermaksud ‘Malaysia’,” katanya.

“Ia tidak haruslah bertukar hanya kerana pertukaran kerajaan ataupun pertukaran menteri demi menunjukkan kesinambungan mesej di masyarakat antarabangsa.”
FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker