Wanita rentung kereta terbakar

Wanita rentung kereta terbakar

LIMBANG: Seorang wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas berlanggar dengan sebuah pikap di Jalan Nanga Menamit, di sini pagi tadi.

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang terus membuat kerja pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.

“Selepas pemadaman selesai, pasukan bomba mendapati seorang mangsa rentung adalah pemandu kereta Proton Saga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya setakat ini identiti wanita terbabit belum dikenal pasti.

Katanya, pemandu Hilux yang juga belum dikenal pasti identiti turut cedera dan dihantar orang awam ke hospital berdekatan. BH

Wanita rentung kereta terbakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker