Pelakon drama High Council dipuji artis senior

KUALA LUMPUR – “I told you so (Saya dah cakap dah).”

Itu sebaris kata yang dilontarkan pelakon berpengalaman, Bront Palarae melahirkan pujian terhadap pemain muda siri fenomena, Projek: High Council.

Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin berpendapat, kejayaan drama tersebut membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan bakat lakonan.



Kata Bront, 45, bilangan pengikut ramai dalam media sosial atau sebaliknya bukanlah kayu pengukur kejayaan sesebuah naskhah.

Katanya, perihal terbabit telah dibuktikan Projek: High Council yang dilakonkan pelakon muda seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Amir Ahnaf.

“Kita ada talent (bakat) dan kenapa sebelum ini kita rasa kepercayaan orang melihat followers lebih penting daripada bakat?

“Alhamdulillah, bila tengok Projek: High Council selain berjaya dari sudut penceritaan dan gaya lakonan yang meyakinkan, naskhah tersebut juga mencetuskan fenomena luar biasa sama seperti apa yang berlaku ketika filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta? dahulu,” kata Bront kepada Kosmo! Online.



Ujar pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah itu lagi, fenomena yang dicetuskan Projek: High Council lebih kurang sama seperti filem Ada Apa Dengan Cinta? (2003) yang cukup diminati peminat tempatan suatu ketika dahulu.

“Awal 2000-an dahulu, Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo) turun KLCC, orang berkerumun macam semut. Fenomena yang sama.

“Harapnya, dengan apa dicetuskan High Council membuka mata lebih ramai produser bahawa kesesuaian memainkan peranan atau watak itu lebih penting berbanding jumlah ‘followers’ dalam media sosial.

“Kalau pelakon main ‘best’, penonton akan ikut je. Ramai saja pempengaruh yang saya ‘follow’ tapi kalau mereka berlakon filem, lantak mereka sebab tak lalu saya nak tengok.



“Misalnya atau maksud saya, kalau setakat mereka (pempengaruh) buat ulasan atau unboxing (buka kotak produk), baik mereka buat itu saja, tak payah kita tengok mereka di pawagam,” jelasnya.

Terdahulu, sambutan luar biasa diterima para pelakon Projek: High Council apabila ruang legar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dipenuhi peminat karya terbabit dalam sebuah acara beberapa minggu lalu membuktikan produk tempatan kalau kena pada gayanya, pasti membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Bront bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Rajah yang mengangkat kisah sejarah Raja Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke.

Melakonkan watak Pingiran Indera Mahkota, Bront yang cukup dikenali menerusi filem Pengabdi Setan memberikan yang terbaik bagi menterjemah karakter terbabit.



“Terjemahan karakter dalam filem Rajah, saya lebih melihat watak Indera Mahkota sebagai bersifat antagonis.

“Karya sejarah namun namun pun filem. Maknanya, kita harus bergerak dalam kerangka naratif fiksyen mengikut olahan pembikinnya,” katanya.

Filem dihasilkan syarikat produksi Margate House Films dan 852 Film itu mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula esok (9 Mac 2023)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker