PAS akui pilih ‘dua kolam’, Bersatu dan UMNO

ALOR SETAR: Walau dicerca dan diperli dengan pelbagai kata-kata negatif, Pas tetap dengan keputusan memilih UMNO serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tanpa berhasrat meninggalkan salah satu daripada parti tersebut.

Naib Presiden Pas,  Datuk Idris Ahmad berkata, sehingga kini Pas tetap dengan naratif tersebut dan membiarkan rakyat membuat penilaian.

“Ketika kita nak hadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kita tetapkan naratif yang dibawa iaitu ke arah penyatuan ummah. Pada masa ini kita tidak bercakap tentang masa depan saya, anda atau pimpinan parti yang ada di sini tetapi bercakap tentang masa depan politik anak cucu pada masa akan datang.



“Kalau cakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, maka apa akan terjadi kepada anak cucu kita di masa akan datang? Wartawan selalu bertanya, Pas nak pilih mana satu sama ada UMNO atau Bersatu? Jawapannya kami pilih kedua-duanya dan setakat ini, itulah naratif serta keputusan yang ada.

“Biar rakyat menilai dan walaupun orang nak cerca atau nak perli macam-macam sekali pun, kita tetap nyatakan soal perpaduan ini penting,” katanya ketika berucap pada Ijtimak Jentera Pilihan Raya Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini, malam tadi.

Idris berkata, soal perpaduan cukup penting untuk diberi perhatian kerana perpecahan yang berlaku mungkin membawa kepada ulangan keputusan PRU14.

“Kalau berlaku perpecahan dalam kalangan kita, adakah sudah terhantuk baru terngadah? Fikirkan tentang perkara itu kerana kita tak mahu ulangi apa yang terjadi dalam PRU14.  Bagaimanapun di pihak Pas, hari ini kita lancarkan jentera dan saya percaya, jentera kita telah pun melakukan tugas dalam setiap aspek di semua peringkat,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker