Duda disyaki rogol OKU lembam hingga hamil ditahan

Duda disyaki rogol OKU lembam hingga hamil ditahan

Seorang duda ditahan selepas dipercayai merogol wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam sehingga hamil.

Duda berkenaan yang juga pemandu lori berusia 51 tahun itu diberkas di kediamannya di Limbat, Kota Bharu, pada 12.10 tengah malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Abdul Rahim Daud, berkata mangsa berusia 23 tahun dikatakan menumpang di rumah rakannya yang juga anak kepada suspek, sejak Mei lalu.

Menurutnya, bapa saudara mangsa datang dari Selangor untuk mengambil wanita itu pada 26 Disember lalu, namun curiga dengan keadaan fizikal anak saudaranya.

“Pengadu (bapa saudara) membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Selayang, sebelum wanita itu disahkan mengandung sembilan minggu.

“Mangsa mengenali suspek sejak tinggal di rumah kawannya pada Mei tahun lalu dan lelaki itu memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan lelaki itu juga memiliki lapan rekod jenayah berkaitan dadah serta jenayah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu lalu sehingga 4 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Duda disyaki rogol OKU lembam hingga hamil ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker