Sulaiman tidak pertahankan jawatan ketua cawangan UMNO
Persediaan melepaskan jawatan Ketua Menteri
KETIKA mesyuarat pemilihan jawatan ketua cawangan UMNO Durian Daun, bahagian Masjid Tanah pada 18 Februari 2023 yang lalu, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Dr Haji Sulaiman bin Md Ali mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cawangan.
Keputusan yang diambil oleh Sulaiman tidak mengejutkan ahli UMNO cawangan tersebut khasnya dan UMNO Melaka amnya. Ini kerana umum sudah mengetahui Melaka bakal mendapat Ketua Menteri yang baharu sebagai strategi jangka panjang untuk menghadapi pilihanraya negeri yang akan datang.
Keputusan yang diambil oleh Sulaiman juga bagi memberikannya masa untuk menumpukan perhatian kepada tugasnya yang baharu iaitu bertindak sebagai ketua penyelaras parlimen Melaka bagi menghadapi pilihanraya umum ke-16. Perancangan jangka panjang ini perlu demi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO-BN Melaka.
Sulaiman juga dikatakan telah menghantar surat kepada Presiden UMNO berhubung transisi jawatan Ketua Menteri Melaka sesuai dengan kesepakatan ahli dewan undangan negeri.
Mesyuarat cawangan Durian Daun tersebut juga turut dihadiri oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Munirah.
Ketua cawangan baharu pula disandang oleh Sidang Mustapa Kamal.
You must be logged in to post a comment.