Shahrizat tanding ketua Wanita Umno – sumber

Shahrizat tanding ketua Wanita Umno – sumber

Bekas ketua pergerakan wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil kembali ke medan politik dan dijangka akan bertanding bagi jawatan lamanya pada pemilihan parti akan datang.

Beberapa sumer dalaman parti itu mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

“Tan Sri akan bertanding jawatan ketua wanita.

“Borang penamaan akan diserahkan ke ibu pejabat esok melalui wakilnya,” kata sumber itu.

Ketika dihubungi beberapa sumber rapat dengan bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat itu mengesahkan perkara tersebut.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Shahrizat.

Shahrizat yang memegang jawatan itu sejak 2009 mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti tahun 2018.

Dia berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil serius suara lantang rakyat yang mahu melihat pembaharuan dalam Umno, selain memberi peluang kepada muka baru.

Dilaporkan sebelum ini bahawa penyandangnya Noraini Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatannya.

Sementara itu, sumber dalaman juga memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu dibuat susulan konflik dalaman Wanita Umno selepas timbul suara tidak puas hati terhadap Noraini.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan sayap Umno, termasuk Wanita, akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan. Mk

Shahrizat tanding ketua Wanita Umno – sumber

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker