Pelajar sekolah memandu rempuh bilik mengajar

Pelajar sekolah memandu rempuh bilik mengajar

SEREMBAN – Gara-gara tidak sihat, seorang pelajar sekolah memandu tersalah menekan pedal minyak kereta yang dipandunya sehingga melanggar sebuah bilik mengajar sekolah memandu tersebut dalam kejadian di Pajam, Mantin di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Kanan II, Effendi Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di Akademi Memandu Nilai itu pada pukul 10.33 pagi.



“Setibanya di lokasi kami mendapati sebuah kereta sekolah memandu jenis Perodua Axia telah melanggar sebuah mengajar di situ.

“Bagaimanapun, pelajar sekolah memandu yang merupakan lelaki berusia 26 tahun dan pengajar yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Namun terdapat dua orang lelaki yang berusia 22 dan 27 tahun yang berada di dalam bilik tersebut cedera di bahagian kaki dan belakang badan akibat kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihak bomba telah menyerahkan kedua-dua mangsa yang cedera kepada pihak Kementerian Kesihatan yang kemudian telah membawa mereka ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. K Online



Pelajar sekolah memandu rempuh bilik mengajar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)



Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker