Hanya PAS boleh selamatkan Zahid – Sanusi

Hanya PAS boleh selamatkan Zahid – Sanusi

Presiden Umno Zahid Hamidi hanya boleh menyelamatkan kerjaya politiknya jika beliau bekerjasama dengan PAS, kata Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.

“Kalau Zahid nak buat apa-apa pun, kalau tidak melibatkan PAS, (beliau) tidak akan berjaya menyambung hayat politik beliau,” kata Sanusi yang pengarah pilihan raya PAS.



Beliau juga membayangkan apa jua gerakan politik tidak akan berjaya sekiranya PAS dipinggirkan.

“Saya rasa kalau tidak melibatkan PAS secara serius ia tidak akan ke mana-mana. Semua gerakan politik di negara hari ini mesti melibatkan PAS, (sebagai) ‘king maker’,” katanya.

Sanusi berkata, Zahid juga harus sedar bahawa Umno mengalami krisis kerana berada di bawah kepimpinannya.

“Dia (Zahid) sedang ‘nazak’. Umno mengalami krisis di bawah Zahid saya harap beliau sedarlah perkara itu,” katanya mengulas pendirian Zahid mengenai agenda penyatuan ummah bersama PAS.



Semalam, Zahid berkata Umno tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan PAS atau pemimpin yang bermuslihat.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan, kerana penuh dengan muslihat.

“Mana-mana pemimpin dan parti yang sangat bermuslihat, saya tidak fikir kita (Umno) harus ‘revisit’ hubungan itu,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan Umno sekali lagi menerusi platform Muafakat Nasional (MN) bagaimanapun tidak mahu ia melibatkan pemimpin Umno yang berpakat dengan DAP.



Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga percaya sebahagian besar dalaman Umno masih sayangkan MN yang digagaskan pada 2019, seperti mana pihaknya dalam Perikatan Nasional mahukan penyatuan bersama semua parti Melayu.

Sepatutnya Sanusi dan PAS biarkan sahaja Zahid dan UMNO kalau betul UMNO tengah nazak. Ini tidak apabila PAS nampak kelam untuk jadi kerajaan mula nak pancing UMNO.

Hanya PAS boleh selamatkan Zahid – Sanusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker