Dato Seri Vida Tidak Serius Nak Kahwin Dan Iqbal Rasa Seperti Bertepuk Sebelah Tangan

Dato Seri Vida Tidak Serius Nak Kahwin Dan Iqbal Rasa Seperti Bertepuk Sebelah Tangan

HAMPIR setiap hari ada saja kisah mengenai hubungan cinta usahawan Datuk Seri Vida dengan Ahmad Iqbal Zulkefli yang tidak direstui anak-anak sehingga segelintir netizen mula berasa muak.

Tampil memohon maaf atas kisah yang berlarutan, Iqbal mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.

Tetap menyimpan perasaan sayang, usahawan berusia 27 tahun itu reda sekiranya mereka tidak dijodohkan bersama kerana beranggapan pengorbanannya seakan sia-sia

“Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Datuk Seri Vida sebagai isteri.

“Seandainya dia sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.

“Saya tetap menyayangi dia seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodoh. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin.

“Saya perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta dia tidak seteguh seperti pengorbanan saya. Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah dia sanggup ada bersama saya,” katanya menerusi Instastory.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hubungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan Iqbal.

Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16,, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada

Dalam pada itu, Iqbal yang juga bekas pembantu Vida menegaskan hubungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan ‘marketing’ semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak.

Malah Iqbal turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Namun, perancangan kami untuk berkahwin bukan marketing.

“Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang dia telah laburkan untuk saya,” katanya-mSTAR

Dato Seri Vida Tidak Serius Nak Kahwin Dan Iqbal Rasa Seperti Bertepuk Sebelah Tangan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cik B Berubah Sikap “DSV Suka Rahsia, Sampai Kantoi Mesej Sayang-Sayang Dulu”- Bekas PA

Peminat Terhibur Bila Cik B Beri Respon DS Vida Nak Kahwin, “Pura-Pura Terkejut Dan Tak Tahu”

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker