Pegawai kanan polis tumbuk muka penolong ketua daerah

Pegawai kanan polis tumbuk muka penolong ketua daerah

Pegawai kanan polis tumbuk muka penolong ketua daerah
SEORANG pegawai kanan polis menumbuk muka penolong ketua daerah. – Foto Khaosod

BANGKOK – Seorang pegawai kanan polis menumbuk penolong ketua daerah di dalam bangunan kerajaan dalam kejadian di wilayah Nakhon Sawan, Thailand, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut portal berita Matichon, penolong ketua daerah itu memfailkan aduan terhadap pegawai kanan polis berkenaan kelmarin kerana bertindak ganas.

Pegawai kanan polis itu memasuki pejabat daerah di Nakhon Sawan untuk meminta dokumen mengenai orang awam.

Penolong ketua itu memaklumkan kepada pegawainya untuk mengambil kenyataan pegawai berkenaan tentang hasratnya untuk meminta dokumen tersebut.

Pegawai kanan polis itu mempersoalkan mengapa dia perlu memberikan kenyataan kerana permintaannya sebelum ini tidak memerlukan prosedur sedemikian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Apabila penolong ketua daerah itu berjalan untuk memberi penjelasan, pegawai kanan polis tersebut tiba-tiba berdiri dan menumbuk mukanya.

Perbuatan pegawai kanan polis itu mengejutkan ramai orang yang berada di lokasi kejadian. – AGENSI

Pegawai kanan polis tumbuk muka penolong ketua daerah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker