‘Saya nak penjara’

‘Saya nak penjara’

Muar: “Saya nak penjara… nak jalankan serentak,” demikian rayuan seorang penganggur yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan menceroboh rumah sebelum tertidur dalam bilik, semalam.

Tertuduh, Yap Choon Yau, 48, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.



Mengikut pertuduhan, Yap didakwa menceroboh rumah milik Tee Siok, 85, di Taman Orkid, Jalan Bakri 1, di sini yang digunakan untuk menyimpan barangan lama jam 9.17 pagi.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian anak pengadu berkunjung ke rumah pusaka milik mendiang ibunya sebelum mendapati tertuduh sedang tidur atas tilam.

Pengadu kemudian menghubungi polis memaklumkan perkara itu dan tertuduh ditahan kerana didakwa menceroboh tanpa kebenaran.



Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya tertuduh juga memohon mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menjaga anak dan isteri.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh ditahan 9 Oktober. HM

‘Saya nak penjara’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker