Majlis Perundingan Agama (MCCBCHST) bimbang perlembagaan versi BM

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) meluahkan kembimbangan dengan cadangan Peguam Negara Idrus Harun untuk menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Melayu sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

MCCBCHST berkata ini boleh memberi kesan bagi kes yang membabitkan seorang ibu bapa menukarkan anak atau anak mereka kepada agama lain.

Memetik kes M Indira Gandhi sebagai contoh, MCCBCHST berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa dalam Perkara 12(4), perkataan “ibu bapa” harus dirujuk sebagai perkataan jamak iaitu “ibu dan  bapa”.



“Tetapi terjemahan BM Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: ‘Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di-bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

“Sekiranya versi BM dijadikan teks yang muktamad, maka ia akan mempunyai kesan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi kerana ia bermakna ‘seorang ibu atau bapa boleh menukar agama seseorang di bawah umur perkahwinan, sekali gus mengubah Perlembagaan Persekutuan melalui proses terjemahan’,” kata MCCBCHST dalam kenyataan.

Oleh itu, MCCBCHST berkata versi asal, yang dalam bahasa Inggeris, harus kekal sebagai versi muktamad.

“Terjemahan boleh dibuat tetapi versi asal mesti kekal sebagai versi yang muktamad. Ini kerana jika terjemahan itu cacat, ia boleh diperbetulkan dengan merujuk kepada versi asal,” tambahnya.



Berucap pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 semalam, Idrus berkata perlembagaan  bertindak sebagai asas dalam melaksanakan pengasingan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

“Oleh itu, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, AGC bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

“AGC juga bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua-dua rancangan ini tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Idrus.



Perkara 160A menyatakan:

“Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan percetakan salinan perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa padaa tarikh kebenaran itu; dan di mana-mana salinan perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.”

“Jika perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.”

Bagaimanapun, MCCBCHST berhujah bahawa pindaan untuk menambah Perkara 160B kepada perlembagaan adalah tidak sah kerana ia bertujuan untuk membuat versi terjemahan mengatasi teks asal.



“MCCBCHST menggesa Perkara 160B dipinda. Perkataan dalam penghujung Perkara 160B, iaitu “jika terdapat apa-apa percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa Melayu dengan teks Bahasa Inggeris Perlembagaan, maka teks bahasa kebangsaan hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris” hendaklah dipadamkan.

“Sebaliknya, perkataan berikut perlu ditambah: ‘Teks asal Perlembagaan Persekutuan hendaklah kekal sebagai teks yang muktamad,” tambahnya.

Pada 2018, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada Indira Gandhi, seorang ibu yang beragama Hindu yang mengheret bekas suaminya ke mahkamah selepas dia mengislamkan tiga anak mereka tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Keputusan itu dianggap sebagai bersejarah kerana ia menegaskan semula peranan perlembagaan mahkamah sivil, dan mengisytiharkan penukaran agama secara sepihak atau unilateral adalah menyalahi undang-undang.



Pada April tahun lalu, mahkamah persekutuan memetik duluan yang ditetapkan dalam kes Indira Gandhi apabila ia menafikan permohonan seorang ibu beragama Buddha yang memeluk Islam yang memohon kebenaran untuk mengekalkan penukaran agama secara unilateral oleh dua anaknya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker