Kerana sebuku roti, suami belasah isteri sehingga mati
Pertengkaran sepasang suami isteri di Nigeria mengenai sebuku roti berakhir dengan tragedi apabila si suami bertindak membelasah isterinya sehingga mati, lapor akhbar Punch semalam.
Suspek yang dikenali sebagai Ndubisi Uwadiegwu, didakwa memukul mangsa, Ogochukwu Enene menggunakan cermin.
Anak pertama pasangan tersebut yang berusia 14 tahun berkata, bapa membelasah ibunya sehingga mati menggunakan cermin kerana mangsa meminta suspek membelikan roti.
Suspek bagaimanapun enggan memenuhi permintaan tersebut kerana mendakwa tidak mempunyai wang.
Tambah anak mereka, ibunya menggunakan wang sendiri bagi membeli sebuku roti untuk anak-anaknya namun, suspek telah memakan kesemua roti tersebut.
Apabila mangsa bertanya mengenai perkara itu, suspek mula berang dan membelasah mangsa sehingga meninggal dunia.
Meskipun ahli keluarga mangsa masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut, satu sumber rapat mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di bandar Lagos.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut memiliki lima anak. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fyna Jebat kini isteri Zainal Abidin Hassan
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Krisis Sabah: Bung tunggu PM campur tangan, ‘bola masih bergolek’
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’
You must be logged in to post a comment.