SPRM tahan bekas pengerusi NGO bergelar Datuk
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengerusi dan seorang bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan berjumlah lebih RM11,000, dua tahun lepas.
Menurut sumber, bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.
“Kedua-dua lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Johor di sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.
“Difahamkan, kira-kira penghujung Jan 2021, mereka mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah Johor Bahru, bagi kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan,” menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan kedua-dua penahanan itu.
“Kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fyna Jebat kini isteri Zainal Abidin Hassan
- Krisis Sabah: Bung tunggu PM campur tangan, ‘bola masih bergolek’
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur
Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’
You must be logged in to post a comment.