Ringgit mencanak kembali
Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3720/3765 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4005/4070 pada Jumaat minggu lepas
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pusingan-u dalam dasar COVID-19 China penting kepada pertumbuhan ekonomi yang membawa kepada pengukuhan mata wang Asia.
“Dengan penarikan semula sekatan sempadan antara China, Hong Kong, Macau, dan pembukaan semula perjalanan antarabangsa, bukan hanya pengembara sahaja yang meraikannya tetapi juga pasaran pertukaran asing Asia.
“Kedua-dua mata wang Malaysia dan juga negara jiran Thailand, destinasi utama pelancong China diniagakan tinggi hari ini susulan pembukaan semula sempadan China,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata unit tempatan mendapat manfaat daripada indeks dolar yang rendah, yang susut ke paras 103 pada Jumaat, meskipun bayangan positif kenaikan dasar daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Beliau berkata data pasaran pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang positif juga membayangkan bahawa usaha Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan inflasi masih belum berjaya, walaupun inflasi negara itu telah menyederhana sejak pertengahan 2022.
Ditambah dengan prospek ekonomi jangka terdekat yang positif dan pertumbuhan gaji AS yang perlahan, Firdaos percaya sentimen tersebut dijangka melimpah ke Malaysia yang seterusnya merangsang minat terhadap mata wang tempatan.
Pasaran akan memantau pengumuman angka inflasi AS yang dijadual diumumkan pada Khamis ini, katanya.
“Kami menjangka ia (inflasi) menyederhana di tengah-tengah penurunan harga minyak pada Disember yang akan mengurangkan kebimbangan terhadap laluan dasar monetari Fed.
“Bagi minggu ini kami mengunjurkan ringgit diniagakan antara paras RM4.37 hingga RM4.39,” katanya.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.3124/3179 daripada paras penutup 5.2159/2336 pada Jumaat dan susut berbanding euro kepada 4.6636/6684 daripada 4.6254/6322.
Ringgit juga lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2793/2832 daripada 3.2664/2717 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.3009/3045 daripada 3.2739/2793 sebelumnya.
— BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fyna Jebat kini isteri Zainal Abidin Hassan
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Krisis Sabah: Bung tunggu PM campur tangan, ‘bola masih bergolek’
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’
You must be logged in to post a comment.