PRN: Kerjasama PH-BN, kami ‘on’

Tidak ada masalah untuk Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan pilihan raya negeri (PRN) pada tahun ini, kata Pengerusinya, Aminuddin Harun.

Beliau yang juga menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, bagaimanapun setakat ini masih belum ada lagi sebarang pertemuan untuk membincangkan perkara itu dengan Pengerusi BN Negeri Sembilan Mohamad Hasan.

Jelasnya, soal kerjasama hanya akan diputuskan pucuk pimpinan parti masing-masing di peringkat PH, dan akan ditentukan oleh Majlis Presiden PH.

“Di peringkat negeri, kami tiada ada kuasa untuk menentukan hala tujunya, ia akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Nampak akan berbincang mengenai perkara tersebut dan saya berharap ia dimuktamadkan hujung bulan ini.

“Bagi saya tiada masalah untuk bekerjasama (dengan BN) jika itu arahan, kami akan ikut. Saya belum berjumpa dengan Tok Mat (Mohamad), ada berjumpa beliau secara tidak rasmi seperti di Parlimen dan majlis-majlis, tetapi (rundingan kerjasama) tidak boleh berjumpa tidak rasmi, mesti diputuskan di peringkat kepimpinan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan mangsa banjir Pantai Timur.

Mengulas dakwaan berlaku kesukaran mengadakan rundingan antara dua gabungan itu, Aminuddin yang juga naib presiden PKR menyifatkannya sebagai pandangan sesetengah pihak sahaja.

“Itu pandangan mereka sahaja, mungkin pada zaman mereka, itu yang berlaku, kita tidak tahu. Tetapi dalam keadaan sekarang apa juga keputusan itu harus diraikan.

“Keputusan Majlis Presiden itu nanti adalah penting, jika tiada (kerjasama) kami juga akur, saya rasa penyokong di peringkat akar umbi juga akan terima, pastinya mereka akan ikut apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan. Itu di peringkat PH, di pihak BN saya tidak tahu,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, dipetik sebagai berkata, tidak timbul soal kesukaran dalam rundingan kerjasama politik antara gabungan PH dan BN bagi menghadapi PRN akan datang.

Tegasnya, parti-parti terlibat masih mempunyai tempoh yang panjang dan apabila tiba masa yang sesuai, sudah pasti keputusan berhubung perkara itu akan dimuktamadkan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker