Hero Batang Kali: Blake, Lady, Grouse dan Pop terima pingat penghargaan

PETALING JAYA: Empat anjing unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diberikan pingat “Golden Performance” kerana peranan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor pada 16 Dis lalu.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyempurnakan pemakaian pingat itu kepada empat anjing iaitu Blake, Lady, Grouse dan Pop, lapor Bernama.

Nga juga menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Nor Hisham Mohamad yang mewakili anggota bomba dan unit K9 yang terlibat dalam operasi itu.

Tanah runtuh melanda tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi, 16 Dis lalu menyebabkan 31 mangsa terbunuh manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat itu berlangsung selama sembilan hari, mangsa terakhir tragedi itu ditemui pada 24 Dis.

Sementara itu, Nga berkata, kementeriannya akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan dasar, peraturan dan SOP pihak berkuasa tempatan yang menyusahkan.

Beliau berkata, ada pihak berkuasa tempatan mengenakan bayaran yang “tidak munasabah” untuk memperbaharui lesen anjing.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker