Piala AFF: ‘Saya Tiada Masalah Tangguh Konsert’ – Jay Chou

Piala AFF: ‘Saya Tiada Masalah Tangguh Konsert’ – Jay Chou

Selepas pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati, penyanyi Taiwan, Jay Chou pada Jumaat memaklumkan bersedia untuk menangguhkan konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari ini.

Dalam kemas kini di IG Storynya, penulis lirik, aktor serta personaliti televisyen itu berkata, penangguhan tersebut boleh dilakukan jika peminat bola sepak negara memaklumkan kepada persatuan sukan dan pengurusan stadium berhubung perkara itu.

“Tetapi yang penting anda harus sampaikan kepada persatuan bola sepak atau penganjur tempat anda sama ada mereka membenarkan saya menangguhkan konsert.

“Saya tiada masalah dengan itu, saya cuma mahu menyanyi untuk peminat saya. Cuma saya harap apabila orang datang melihat konsert saya, mereka datang dengan hati yang gembira,” katanya dipetik dalam kenyataan berkenaan.

Terdahulu, penyokong bola sepak negara tidak berpuas hari selepas 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan pentas konsert Chou.

Setakat Khamis, 59,000 tiket bagi perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Thailand yang dijadual berlangsung pada Sabtu habis terjual.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan ditempah awal oleh pihak penganjur sejak Mac 2019 dan mustahil untuk mengubah situasi berkenaan memandangkan itu turut melibatkan jumlah kru yang ramai.

Yeoh juga menegaskan tidak boleh menyalahgunakan kuasanya semata-mata untuk ‘mengorbankan’ konsert penyanyi Taiwan berusia 43 tahun itu. AA

Piala AFF: ‘Saya Tiada Masalah Tangguh Konsert’ – Jay Chou

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker