Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand [VIDEO]

Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand [VIDEO]
PENGARAH filem kontroversi, Syamsul Yusof mengesahkan sudah menikahi pelakon Ira Kazar di Thailand.
Syamsul yang juga sutradara filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berkata, pernikahan dengan Ira berwalikan ayah mertuanya yang juga pelakon terkenal, Kazar Saisi.

Pernikahan itu juga, ujar Syamsul, sudah didaftarkan dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Karyawan filem berusia 39 tahun itu berkongsi berita berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, sebentar tadi.

“Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, satu hari nanti saya akan letakkan noktah terhadap isu yang membelenggu rumah tangga saya.
“Saya sudah bernikah dengan Ira berwalikan ayahnya sendiri, di Thailand. Ada sebab saya bernikah di sini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan,” katanya sambil menjelaskan pelakon Puteri Sarah masih isterinya yang sah.
“Saya harap dia (Puteri Sarah) pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang. Tak perlu hebahkan di media sosial.
“Pulanglah, bawa anak-anak sekali. Apa sahaja masalah, kita boleh bincang tanpa perlu dihebahkan atau mengaibkan saya atau sesiapa saja.
“Sudah-sudahlah ke sana ke mari tanpa izin suami. Saya masih suami, fikir-fikirkanlah,” kata Syamsul dalam video berdurasi kira-kira empat minit itu.
“Saya harap keputusan yang saya buat ini diberkati serta dilindungi dari fitnah dan hasad. Apa yang penting (pernikahan) ini sah di sisi syarak,” katanya lagi.
Sepanjang tahun lalu, kontroversi rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah mendapat liputan meluas media tempatan.
Puteri Sarah dalam kenyataannya pernah mendedahkan Ira sebagai punca rumah tangganya dengan Syamsul bergolak.
Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada 8 Mac 2014 dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker