Pernikahan sah walaupun tanpa pengetahuan isteri pertama – Ustaz Azhar Idrus

Gambar Hiasan: Pasangan romantis yang baru bernikah Syamsul Yusof & Ira Kazar

PETALING JAYA – Seorang suami yang ingin bernikah buat kali kedua di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama adalah sah di sisi agama.

Menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ia kerana memberitahu isteri bukan sebahagian daripada syarat sah untuk berkahwin.

Bagaimanapun, jelasnya, sebagai seorang suami, dia perlu bertanggungjawab dan bersikap jujur kepada isterinya.

“Kalau mengikut hukum, ia sah kerana tiada keperluan untuk beritahu isteri. Hanya cukup rukun dan syarat.

“Cuma kita sebagai manusia yang bertanggungjawab, kalau termakan budi dengan orang, (maka) jangan berbohong,” katanya dalam satu sesi ceramahnya di media sosial.

Azhar berkata, seorang isteri mempunyai banyak budinya dengan suami sehingga sanggup berpisah dengan keluarganya.

“Dia sanggup tinggalkan kampung lamannya untuk menemani hidup kita. Tiba-tiba kita menipu dia. Jadi perkara itu tak kena.

“Kita bukan sahaja berbohong dengan bini pertama, dengan bini muda pun kita akan berbohong. Itulah keterlanjuran daripada perkahwinan yang silap,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker