Kastam kata ‘on’ jika kerajaan kembalikan semula GST

TUMPAT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersedia jika kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata, kadar cukai yang ditetapkan bergantung kepada keputusan kerajaan.

“Jika kerajaan kata ‘okey’, kita akan ‘on’ tetapi terpulang kepada kerajaan menetapkan jumlah bayaran GST,” katanya selepas menghadiri Program Khidmat Bakti Bersama Masyarakat Siam, Tumpat bagi Tahun 2023 pada Khamis.

Selain itu, Zazuli bersetuju dakwaan bahawa pemansuhan GST oleh kerajaan terdahulu menyebabkan kegiatan ekonomi gelap dan bawah tanah atau ‘over shadow’ kembali aktif.

“Tetapi terpulang kepada kerajaan sama ada akan melaksanakan semula GST atau sebaliknya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara aktiviti gelap untuk mengelak membayar cukai ialah menipu taksiran cukai dan menjalankan perniagaan tidak sah.

Beliau mencadangkan, GST dilaksanakan semula selain rundingan bersama syarikat berkaitan bagi mengekang aktiviti ‘over shadow’ itu.

Zazuli sebelum itu diiringi Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long menyampaikan bantuan beras, kain batik dan keperluan harian kepada 300 masyarakat Siam yang terjejas banjir baru-baru ini.

Zazuli berkata, pungutan hasil menerusi kutipan cukai di Kelantan pada tahun lalu sebanyak RM204.91 juta, manakala di peringkat negara sebanyak RM41 bilion.

“Bagaimanapun jumlah itu meningkat menjadi RM53 bilion pada 2022.

“Justeru, orang ramai digesa membantu kastam memerangi jenayah penyeludupan termasuk rokok, minuman keras dan mercun,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker