Angela dedahkan berbogel dalam Menara Merdeka 118 [VIDEO]

SEORANG wanita warga Rusia mendedahkan bagaimana dia berjaya menceroboh Menara Merdeka 118 untuk memanjat puncak menara berkenaan seperti yang tular baru-baru ini.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Angela Nikolau melalui Twitternya berkata, dia berjaya menceroboh menara itu dengan cara menyamar sebagai salah seorang pekerja kontraktor.

Dia yang menyifatkan dirinya sebagai “extreme roofer girl”, membuat satu ciapan pada 4 Januari bahawa dia menghabiskan beberapa minggu menjalankan pengawasan bangunan dari apartmen yang disewa berdekatan.



“Saya sewa sebuah apartment dengan pemandangan menara itu, jadi saya boleh jalankan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan itu sebelum memasukinya,” cipapnya pada Rabu.

Tambahnya lagi, dia turut berdepan detik cemas apabila hampir tertangkap ketika sedang berehat.

“Saya jumpa tempat berlindung dalam kotak konkrit kecil di mana saya tidak dapat meregangkan kaki dan perlu habiskan masa lebih dari 20 jam di situ.



“25 jam kemudian, saya tiada makanan, minuman serta tidak tidur. Saya tak dapat regangkan kaki dan seluruh badan sakit. Nak menangis juga tak boleh kerana bimbang pekerja bangunan dengar tangisan saya,” katanya lagi.

Angela menyatakan dia akan memuat naik Non-Fungible Token (NFT) khusus untuk Menara Merdeka 118 pada Khamis.

“Saya mahu orang lain juga memiliki pencapaian seperti ini,” jelasnya.

Baru-baru ini tular gambar pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com.



Difahamkan, Agela juga sanggup berbogel, selain menyamar memakai tudung gara-gara untuk menjayakan misinya itu.

Pada 29 Disember lalu, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan dari Rusia yang dipercayai memanjat menara terbabit.

PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pasangan yang memanjat ke puncak Menara Merdeka 118.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker