Permainan uji nasib: Remaja maut tertembak kepala sendiri

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui mati di sebuah rumah terbiar di daerah Nong Chok, Bangkok baru-baru ini selepas bermain permainan rolet Russia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian itu, dua rakan remaja lelaki tersebut berkata, mereka bermain permainan menguji nasib iaitu rolet Russia sebelum mangsa menembak dirinya sendiri.

Anggota-anggota pihak berkuasa dari Balai Polis Lam Hin dan pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian tembakan itu sebelum bergegas ke rumah terbiar yang terletak di Jalan Khlong Sip-Khlong Sipsi.



Mayat seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang identitinya dirahsiakan kemudian ditemui di dalam rumah tersebut dengan kesan tembakan di kepala manakala sepucuk pistol Revolver dikesan berada berhampiran badannya.

Dua remaja lelaki yang ketakutan menunggu ketibaan anggota-anggota polis dan jabatan berkaitan di tempat kejadian dan mengaku bahawa mereka bermain rolet Russia.

Menurut dua remaja itu, mereka bergilir-gilir mengacukan pistol ke arah kepala dan menarik picu sehingga tiba giliran mangsa, di mana dia mengacukan pistol ke kepala lalu menembak dirinya sendiri.

Mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik, Bangkok untuk bedah siasat manakala kedua-dua remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat



Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker