Paramount Pictures disaman pelakon kerana adegan bogel
LOS ANGELES – Dua bintang filem Romeo and Juliet arahan Franco Zeffirelli terbitan tahun 1968 menyaman syarikat perfileman, Paramount Pictures lebih AS$500 juta (RM2.2 bilion) berikutan adegan bogel yang dirakam dalam filem itu ketika mereka berusia 15 dan 16 tahun, lapor lportal berita MailOnline semalam.
Pelakon tersebut, Olivia Hussey yang kini berusia 71 tahun dan aktor Leonard Whiting, 72, memfailkan tuntutan mahkamah pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Santa Monica, California.
Kedua-duanya menuduh Paramount Pictures melakukan gangguan seksual, penipuan, penderaan seksual dan sengaja menimbulkan tekanan emosi.
Hussey dan Whiting, yang mana kedua-duanya warga Britain berkata, Zeffirelli pada asalnya memberitahu tidak akan ada sebarang babak bogel tetapi mereka kemudian diberitahu bahawa filem itu akan gagal melainkan mereka melakukan adegan tersebut.
Tuntutan itu mendakwa pasangan tersebut dirakam dalam keadaan bogel tanpa pengetahuan mereka dan mereka kini menuntut ganti rugi dipercayai melebihi AS$500 juta.
Hussey dan Whiting berpendapat mereka tidak mempunyai pilihan selain beraksi dalam keadaan bogel dengan solekan badan seperti yang dituntut pada hari terakhir penggambaran.
Filem ini dikeluarkan pada tahun 1968 dan mendapat pujian kritis dengan Zeffirelli mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik tetapi meninggal dunia pada tahun 2019 pada usia 96 tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Inspektor suruh gadis mangsa rogol kangkang dan merogol semula mangsa
- Kabinet bincang stabilkan harga BABI
- PAU UMNO: Tiada usul lain, hanya Usul Presiden – SUA
- Jurulatih tampar pemain: Iurulatih dari Iran terkejut dengan reaksi pemain
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib
Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma
You must be logged in to post a comment.