PRNJohor: Tuduhan Bersatu tak berasas, tanda kehabisan modal

PRNJohor: Tuduhan Bersatu tak berasas, tanda kehabisan modal

BN menganggap pandangan Bersatu mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai tidak berasas dan sudah kehabisan modal.

Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah hari ini berkata PRN berkenaan juga bukanlah cara mereka untuk mengelak beberapa pemimpin parti daripada hukuman penjara oleh mahkamah.

“Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan tidak lain hanya dengan niat mahu menimbulkan kemarahan rakyat kepada Umno-BN ekoran pembubaran DUN Johor.

“Faktanya DUN Johor dibubarkan atas perkenan Tuanku Sultan Johor setelah dipersembahkan oleh menteri besar sesuai dengan undang-undang negeri terbabit.

“Pasti keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara.

“Kerana itu memberikan gambaran kononnya DUN Johor bubar atas desakan kluster mahkamah sangat tidak wajar,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful yang mendakwa PRN Johor sebenarnya dicetuskan oleh kluster mahkamah’ dalam Umno.

Ia merujuk kepada beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk presiden dan bekas presidennya yang sedang dibicarakan atas pelbagai pertuduhan.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional itu juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi PRN lain selepas ini.

Johor akan berdepan dengan PRN Menteri Besar Hasni Mohammad mendapat perkenan Sultan Ibrahim untuk membubarkan DUN pada Sabtu lalu.

Hasni berkata PRN Johor perlu diadakan kerana kerajaan negeri tidak dapat berfungsi dengan hanya bergantung kepada satu majoriti dalam DUN berkenaan. Mk

PRNJohor: Tuduhan Bersatu tak berasas, tanda kehabisan modal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker