Stok Ramadan dan Raya JAKEL turut musnah

 

Barangan jualan untuk persiapan bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri musnah berikutan kejadiaan kebakaran yang melibatkan gedung tekstil terkemuka milik Jakel Seksyen 7, Shah Alam hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kejadian membabitkan bangunan lima tingkat dan tiga tingkat seluas 80,000 kaki persegi itu dianggarkan melibatkan kerugian ratusan juta ringgit.



“Selain premis, barangan jualan untuk persiapan bulan Ramadan dan hari rava tahun ini turut hangus.

“Buat sementara ini, operasi perniagaan akan tergendala dan kita merancang mencari tapak perniagaan baru di sekitar Shah Alam.

“Buat masa ini, para pelanggan diminta berkunjung ke Jakel Bangi, Jakel Bandar Tun Hussein Onn atau Jakel Mall Kuala Lumpur bagi mendapatkan barang-barang keperluan seharian dan Hari Raya yang tidak lama lagi,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamed Faroz, meskipun premis terlibat tidak beroperasi seperti biasa, nasib lebih 500 kakitangan di gedung itu tidak akan diabaikan.



“Jakel akan tetap membavar gaji semua kakitangan kami di sini,itu adalah komitmen saya kepada mereka,” ujarnya.

Jakel juga katanya, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak bomba yang segera hadir ke lokasi dan bertungkus lumus memadam kebakaran selain polis yang turut mengawal keselamatan setempat.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong kami dalam apa jua keadaan.

“Ribuan terima kasih juga kepada pihak media yang sentiasa memberikan laporan terkini dari lokasi. Saya turut menerima banyak panggilan daripada mereka dan kenalan yang turut berkongsi rasa terkilan dan simpati di atas keiadian berlaku di lakel Shah Alam pada hari pertama tahun 2023 ini,” tambahnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker