Menantu dijangkiti Covid-19, mentua paksa bercerai

Seorang wanita di China dipaksa oleh mentuanya untuk bercerai dengan suami selepas dijangkiti Covid-19, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Menurut laman berita eva.vn, wanita bernama Liu itu terpaksa menjalani kuarantin dan banyak berehat setelah disahkan positif Covid-19.

Malangnya, keluarga mentua Liu tidak memahami keadaannya, selain memarahi wanita itu kerana tidak mampu menjaga anak-anak dan menjalankan tugas sebagai seorang isteri.



Lebih menyedihkan apabila ibu mentua Liu meminta dia bercerai dengan anak lelakinya.

Dalam sebuah klip video yang tular di media sosial, Liu dilihat sedang berada di atas katil.

Sementara itu, suaminya sedang mendukung anak mereka sambil duduk di atas sofa ketika mentuanya berdiri di tengah-tengah sambil marah-marah dan bercakap kasar.

Mentua Liu memarahinya kerana membawa penyakit (Covid-19) ke rumah. Jika Liu bersetuju untuk bercerai, ibu mentuanya akan membayar wang sebanyak 50,000 yuan (RM31,930).



Suami Liu pula dilihat hanya mendiamkan diri ketika kejadian.

Kisah itu menarik perhatian ramai pengguna di media sosial.

“Bercerai sahaja dulu, nanti kalau anaknya tidak dapat berkahwin, dia akan menyesal,” kata seorang netizen.

“Mengapa seseorang itu tidak berperikemanusiaan dan kejam? Jika anda enggan menjaga menantu, mengapa menggunakan ini (Covid-19) untuk memaksa perceraian?” kata netizen lain. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker