Autisme: Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Dan Anggap Normal.. Ibu Ini Kongsi 8 Petunjuk Awal Autisme

Autisme: Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Dan Anggap Normal.. Ibu Ini Kongsi 8 Petunjuk Awal Autisme

MESKIPUN ibu bapa sering mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak, namun masih ramai yang tidak dapat mengenal pasti petunjuk bahawa si kecil menghidap autisme.

Begitulah yang dilalui Farha Maskuriy selepas anak ketiganya, Izzul I’jaaz kelihatan seperti kanak-kanak normal walaupun semasa berada di taska.



Malah katanya, masalah sebenar Izzul hanya disedari semasa usia enam tahun iaitu selepas dia tidak boleh berada di kawasan awam.

Justeru, dia mendapatkan konsultasi bersama pakar serta mula mengenal pasti kembali tingkah laku anaknya sejak kecil.

Berkongsi mengenainya, Farha menyenaraikan lapan tanda autisme yang dilihat dari sisi anaknya itu.

1) Limited words

Walaupun boleh sebut 123 dan ABC, tapi dia tak boleh bersembang. Izzul tak pernah bertanya dan hanya meminta, contohnya ‘nak susu’, ‘nak makan’… ayatnya juga pendek sahaja. Umur 5 tahun ada sedikit perkembangan positif tapi hanya maksimum empat patah perkataan seperti ‘Mama, Izzul nak canai (roti canai)’ atau ‘Mama, Izzul nak ABC telefon (YouTube)’.



2) Eye-trailing

Sekitar umur 2 hingga 3 tahun, apabila ternampak garisan, matanya melirik ke garisan tu dan berjalan ulang alik dari satu hujung sini ke hujung sana. Contohnya karpet di mana Izzul akan berjalan sambil pandang garisan dan ulang pusing beberapa kali. Paling dapat dirakam ialah wayar elektrik yang mana matanya melirik ikut warna sambil berjalan.

3) Suka pusingkan roda

Nampak stroller kanak-kanak lain, memang dia akan pergi ke roda nak pusingkan. Main lori atau kereta pun pusing-pusingkan roda. Belikan basikal, diterbalikkan basikal dan pusing roda. Masa ni belum ada awareness pasal autisme. Maka tak rasa ia suatu yang pelik. Sampai umur akhir 4 tahun Izzul dah tak buat macam tu, jadi sangkaan bahawa dia normal.

Penghidap autisme boleh dikesan lebih awal.

Penghidap autisme boleh dikesan lebih awal.



4) Kurang respons bila dipanggil

Bukan tak ada langsung respons, cuma kurang. Contohnya, panggil tiga kali dia tak toleh. Kali keempat panggil, barulah dia toleh. Kadang-kadang delay sebelum menoleh. Masa tu sangka dia hanyalah distracted dengan benda-benda lain jadi tak mahu pandang.

5) Mengulang cakap

Disebabkan perkataan terhad, dia mengulang cakap apa yang didengari. Umur 3 nak masuk 4 tahun, Izzul disuruh berhenti menyusu badan dengan nasihat; ‘Izzul dah tak boleh susu, Izzul dah besar’. Dia seolah faham dan senyum tapi hanya rjawab ‘besar’ sambil sengih-sengih.

6) Perbuatan mengulang

Akhir 4 tahun nak masuk 5 tahun, Izzul ada repetitive behaviour. Dia menghenjutkan badan di atas katil atau sofa berulang-kali boleh sampai 10 minit untuk setiap kali sesi. Dia juga hempaskan badan di sofa ke depan dan ke belakang berulang-kali. Apabila tunjuk video kepada Clinical Psychologist, itu memang repetitive behaviour yang dibuat oleh kanak-kanak ASD sebagai stimming. Izzul juga ada mengeluarkan bunyi-bunyian tanpa makna.

7) Tidak memahami mimik muka dan ekspresi orang lain

Izzul diminta cium di pipi ‘Sini sayang cium mama’, sambil letakkan jari ke pipi. Izzul tak faham dan dia tunjukkan jari dia ke pipinya sendiri. Sedari 3 tahun sampai ke 5 tahun dia tak boleh faham.



8)Tidak boleh berada di tempat awam

Kenduri, kedai makan, memang Izzul akan menangis tak dapat dipujuk. Tapi dia pun tak boleh nak cakap kenapa dia menangis. Dia hanya menangis tanpa penjelasan. Kalau ditanya kenapa atau mahu apa, Izzul tak boleh menjawab. Ia berlaku dari kecil sampai usianya 5 tahun. Selepas 5 tahun barulah dia boleh bercakap ‘I dont want this place’.

Autisme: Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Dan Anggap Normal.. Ibu Ini Kongsi 8 Petunjuk Awal Autisme

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker