Pesawah dapat bantuan khas RM10 juta dari Bernas
SHAH ALAM – Sebanyak RM10 juta Bantuan Khas PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) bagi 2022, diumumkan akan disalurkan kepada pesawah secara berperingkat.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, pada peringkat awal, ia bakal diagihkan di tiga buah negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ujar beliau, pesawah di negeri tersebut menerima bantuan itu selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.
“Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas Bernas berjumlah RM50 juta disalurkan.
“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.
“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan Bernas ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, satu persetujuan telah dicapai antara Bernas dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada pesawah di seluruh negara.
Keputusan tersebut dibuat sebagai inisiatif untuk menjaga kepentingan dan pesawah miskin di negara ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.