Kes samun, cabul di Kelantan libatkan anggota polis

 

KOTA BHARU: Empat anggota polis di Kelantan masing-masing tiga berpangkat konstabel dan seorang koperal ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul di Tanah Merah, Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata semua suspek berusia 22 hingga 28 tahun ditahan pada 29 Dis lalu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pada 28 Dis lalu, lebih kurang pukul 11.24 malam, polis Tanah Merah terima satu laporan berkaitan kes samun dan cabul melibatkan suspek anggota polis.

“Saya mengesahkan perkara tersebut dan pada 29 Dis pihak polis telah menjalankan tangkapan ke atas semua suspek yang akan direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat bawah Seksyen 395/354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Zaki berkata, ujian saringan air kencing semua suspek didapati negatif dadah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker