Ikan Lumba-lumba Cedera Terdampar Di Pantai Air Papan

Ikan Lumba-lumba Cedera Terdampar Di Pantai Air Papan

MERSING: Seekor ikan lumba-lumba seberat 35 kilogram terdampar di Persisiran Pantai Air Papan, di sini, berikutan ombak kuat, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Mersing, Kapten (PA) Nurnajibah Abdullah berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 8.48 pagi itu disedari Petugas Menara Penyelamat Pantai APM ketika meletakkan bendera amaran (merah) di pantai terbabit.

“Lokasi ikan lumba-lumba itu terdampar pada jarak 800 meter dari menara. Petugas telah melepaskan ikan lumba-lumba tersebut tetapi gagal berikutan air pasang dan ombak kuat.

“Ikan terbabit turut cedera di bahagian ekornya. Pihak APM Mersing telah menghubungi Pejabat Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak Pejabat Perikanan telah hadir ke lokasi dan mengambil ikan lumba-lumba tersebut dan melepaskannya di Teluk Buih, Mersing,” kata Nurnajibah.

Semasa kejadian cuaca cerah dan ia sememangnya laluan ikan lumba-lumba.AA

Ikan Lumba-lumba Cedera Terdampar Di Pantai Air Papan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker