Ketua Perangkawan Negara dedahkan untung sebenar pemborong dan peruncit ayam

 

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Pemborong mendapat keuntungan RM1.30 per kg daripada harga ayam manakala peruncit pula mendapat RM1.25 per kg, kata Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, kos pengeluaran ayam pedaging di Malaysia secara purata adalah RM6.53 per kg manakala sebiji telur ayam pula mencatatkan purata kos pengeluaran RM0.48.

“Harga sekilogram ayam di ladang pula jika mengambil kira 5%, 10% dan 20% keuntungan daripada kos pengeluaran ayam, harga ayam di ladang direkodkan berada di antara julat RM6.86 hingga RM7.84



“Margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat borong pula merekodkan RM1.30, manakala, margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat runcit mencatatkan RM1.25,” katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur 2022.

Dapatan itu diperoleh hasil kajian khas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh Sept hingga Okt 2022, susulan isu berkaitan kos pengeluaran ayam yang dibangkitkan sejak awal tahun lepas disebabkan proses pemulihan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Sementara itu bagi telur ayam, Uzir berkata sekiranya mengambil kira 5%, 10% dan 20% keuntungan daripada kos pengeluaran, harga telur ayam di ladang direkodkan berada di antara julat RM0.50 hingga RM0.58 sebiji.

“Margin keuntungan sebiji telur ayam di peringkat borong dan runcit pula masing-masing mencatatkan RM0.04 dan RM0.02,” katanya.



Mengulas lanjut mengenai laporan tersebut, Mohd Uzir berkata antara komponen terbesar dalam kos pengeluaran ayam pedaging ialah makanan ternakan (65.1%) dan kos pembelian `day-old chick’ atau anak ayam umur sehari (16.0%).

“Kos makanan ternakan juga berbeza mengikut jenis iaitu bagi ayam pedaging, purata kos makanan ternakan ayam pedaging bagi jenis `Starter’ ialah RM132.04 per 50kg, manakala purata kos makanan ternakan ayam pedaging bagi jenis `Grower’ dan `Finisher’ masing-masing RM129.71 per 50kg dan RM126.96 per 50kg.

“Makanan ternakan ayam jenis `Starter’ lazimnya lebih mahal disebabkan oleh kandungan nutrien yang lebih tinggi dan kesesuaiannya untuk tumbesaran anak ayam,” katanya.

Bagi ayam penelur pula, purata kos makanan ternakan bagi jenis `Starter’ ialah RM131.57 per 50kg, manakala jenis `Grower’ dan `Layer’ masing-masing RM117.08 per 50 kg dan RM115.10 per 50 kg.



“Selain itu, semasa kajian, harga belian bagi seekor `day-old chick’ (pedaging) di Malaysia secara purata merekodkan RM2.12 dan RM3.32 bagi seekor `day-old chick’ (penelur). Harga anak ayam ini kebiasaannya berubah bergantung kepada pasaran semasa,” katanya.

Katanya bagi kos pengeluaran telur ayam pula, ia merangkumi 96.9% kos langsung dan 3.1% kos tidak langsung di mana 76.2% daripadanya melibatkan kos makanan ternakan ayam dan 15.8% adalah kos utiliti, gaji dan upah manakala kos pembelian `day-old chick’ 2.2%.

Uzir berkata laporan kajian khas itu turut menyediakan analisis mengikut negeri, kapasiti ladang dan kategori penternak dan diharap dapat memberikan gambaran yang lebih baik tentang senario pengeluaran ayam dan telur di Malaysia.

Sejak Okt lalu, harga siling ayam ditetapkan pada RM9.40 per kg, manakala RM10.40 per kg untuk ayam super.



Harga siling untuk harga runcit sebiji telur Gred A di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada 45 sen, Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen).

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker