Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
Keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini mengubah percaturan dalaman Umno apabila beberapa nama dikatakan bakal mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan nanti dikatakan membatalkan hasrat tersebut.
Pada mulanya, bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pertahanan Hishamudin Hussein dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin disebut-sebut akan mencabar Zahid bagi jawatan nombor satu Umno.
Menurut laporan MK, sumber yang rapat dengan Ismail yang juga anggota parlimen Bera, naib presiden Umno itu dijangka melupakan hasrat untuk mencabar Zahid, berdasarkan perkembangan terkini.
“Senario politik telah berubah. Ismail saya kira hampir pasti tidak akan meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan itu, apatah lagi beliau kini bukan lagi perdana menteri.
“Selepas prestasi teruk PRU-15, pemimpin Umno ingin memberi lebih fokus kepada usaha menyatukan Umno.
“Apatah lagi Zahid kini merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Umno, BN berada dalam kedudukan yang baik dalam kerajaan meskipun bersama Pakatan Harapan (PH).
“Malah, beberapa pemimpin Umno bahagian yang sebelum ini tidak bersama Zahid, kini telah kembali bersama beliau dan tiada lagi desakan supaya berundur,”
Sebelum ini beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Umno Batu, Yahaya Mat Ghani, Ketua Umno Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan bekas ketua Umno Ketereh, Annuar Musa mendesak supaya Zahid berundur.
Desakan itu dibuat selepas BN yang dipimpin Zahid hanya berjaya memenangi 30 kerusi dalam PRU-15 lalu, terburuk dalam sejarah parti itu.
Semalam, Zahid memberi bayangan pemilihan Umno mungkin akan dipercepat, iaitu lebih awal daripada Mei tahun depan.
Umno perlu melakukan pemilihan paling lewat Mei 2023, bagi memenuhi syarat tempoh enam bulan selepas PRU15.
Zahid berkata dia menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan bila masa yang sesuai bagi pemilihan parti diadakan.
Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang enggan namanya didedahkan berpendapat bahawa Ismail Sabri dan Hishammuddin tidak akan mencabar Zahid bagi merebut jawatan presiden.
Bagaimanapun katanya, Khairy mungkin melakukan kejutan dan tidak mustahil akan mencabar Zahid bagi jawatan itu.
“Ismail dengan Hishammuddin saya rasa tidak akan mencabar Zahid bagi jawatan presiden kerana senario politik telah berubah dan tidak ada sebab lagi untuk berbuat demikian.
“Namun, tidak mustahil Khairy akan membuat kejutan untuk merebut jawatan itu, Khairy agak kecewa dengan keputusan PRU-15 lalu dan beliau juga tidak diberikan kerusi selamat,” katanya.
Khairy ketika kempen PRU-15 di Sungai Buloh Nov lalu secara terbuka menyatakan hasrat untuk menjadi presiden Umno di masa hadapan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Wanita berbogel turun rai Argentina menang Piala Dunia
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.