Suami tidak sedar tertinggal isteri 150 kilometer
BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand secara tidak sengaja meninggalkan isterinya di tengah-tengah perjalanan semasa berhenti seketika untuk menggunakan tandas, sekali gus memaksa wanita berkenaan berjalan kaki lebih 19.31 kilometer (km), lapor laman berita NDTV semalam.
Boontom Chaimoon, 55 dan isterinya, Amnuay Chaimoon, 49, melakukan perjalanan dengan sebuah kenderaan pada Ahad lalu untuk menghabiskan cuti di kampung halamannya di wilayah Maha Sarakham.
Pasangan itu berada di dalam kenderaan tersebut sehingga si suami berasa perlu pergi ke tandas. Dia kemudian menghentikan kenderaannya di tepi jalan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).
Bagaimanapun, isterinya turut melangkah keluar dari kereta dan memberanikan diri pergi ke tepi hutan berhampiran untuk membuang air kecil.
Namun, si suami yang kembali ke kenderaannya tidak menyedari bahawa si isteri masih belum muncul.
Sejurus kembali ke kenderaan, Amnuay tidak menemui kereta atau suaminya lalu menyedari Boontom telah pergi meninggalkannya bersendirian.
Dia juga tidak membawa telefon bimbitnya kerana ia disimpan di dalam beg yang ditinggal dalam kenderaan tersebut.
Memandangkan hari gelap, wanita itu sangat takut dan keliru sebelum memutuskan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan bantuan.
Dia berjalan kira-kira 20 km sehingga sampai ke daerah Kabin Buri pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) dan dapat menghubungi polis tempatan yang memintanya menelefon suaminya.
Dalam pada itu, ketika sudah berada sejauh lebih 150 km, Boontom baru menyedari apa yang berlaku dan dia dengan pantas berpatah balik untuk mengambil isterinya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Giliran Pakar Ekonomi bidas ‘jalan mudah’ Rafizi, kumpulan B40 tiada pilihan
- Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Wanita berbogel turun rai Argentina menang Piala Dunia
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.