Jawatan presiden dan timbalan biar perwakilan putuskan – Zahid Hamidi

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang demokrat beliau menyerahkan kepada perwakilan ketika perhimpunan agung Umno (PAU) nanti bagi menentukan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden Umno boleh ditandingi atau tidak.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, beliau juga menyerahkan kepada perwakilan parti untuk menentukan apakah bentuk sistem demokrasi yang mahu diterjemahkan.

“(Bagaimanapun) sebelum itu, kita harus bawa ke biro politik, bawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas itu usul MKT itu harus dibawa ke perhimpunan agung, Biar perwakilan yang menentukan dalam perhimpunan agung itu,” katanya dalam program bual bicara yang disiarkan secara atas talian.

Kenyataan itu hadir selepas ditanya moderator berkaitan dua jawatan tersebut adakah akan dipertandingkan.

Semalam Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan atau tidak pada pemilihan parti akan datang, masih belum dibuat.

Katanya,tiada sebarang ketetapan mengenai perkara itu dibuat MKT sehingga hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker