Muhyiddin yang “order” kereta Mercedes
Oleh Norzahira
AKHIRNYA terbongkar siapa sebenarnya yang “order” kereta Mercedes Benz S600 untuk Perdana Menteri. Ramai yang tertanya-tanya idea siapakah perkara tersebut?
Menurut sumber, orang kanan Muhyiddin Yasin, Marzuki Mohamad, dalam hantaran di Facebook berkata:
“Sebagai perdana menteri pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin diberikan dua pilihan kereta rasmi iaitu MPV Lexus dan Mercedes S600. Harga kedua-duanya terlalu mahal dan minit terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada Jabatan Perdana Menteri ialah supaya harganya dikaji dan dirunding semula. Kelulusan akhir perlu dibuat oleh Kementerian Kewangan.”
Ini bermakna Muhyiddin setuju dengan cadangan itu cuma beliau mahu harganya dikurangkan.
Kereta Mercedes yang dicadangkan itu berharga hampir RM700,000 manakala MPV Lexus pula berharga RM1.14 juta.
[videopress OyQXihh4]Berdasarkan video yang viral di media sosial, Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin yang meng”order” Mercedes S600 tersebut. Namun ianya tidak diteruskan oleh Ismail Sabri kerana faktor kesuntukan masa sebelum pilihanraya. Anwar Ibrahim pula tampil untuk membatalkan pesanan Mercedes S600 tersebut.