Tiada jalan pintas bagi Anwar kekal majoriti – ahli akademik
Tiada jalan pintas bagi Anwar kekal majoriti – ahli akademik
Ahli akademik memberi ingatan kepada Anwar Ibrahim bahawa tiada jalan pintas bertujuan mengukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata Anwar perlu melaksanakan dasar baik, peningkatan ekonomi dan memperkasa kebajikan rakyat untuk kekal menerajui pentadbirannya.
“Sekiranya kaji selidik secara konsisten menunjukkan kerajaan mendapat sokongan majoriti rakyat, Anwar berada pada kedudukan terbaik kekal sebagai perdana menteri sehingga 2027,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sama ada keputusan undi percaya terhadap kepimpinan Anwar di Dewan Rakyat, pada Isnin, mampu mengukuhkan jawatan perdana menteri.
Blok pembangkang tidak meminta undi belah bahagi dan Anwar menang menerusi undi suara. Sebelum ini, Anwar berkata, beliau menerima sokongan 148 Ahli dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan parti kecil termasuk bebas.
Fauzi berkata, ancaman terbesar bagi kedudukan Anwar datang dari puak dalam Umno yang tidak menyokong presiden mereka, Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, puak berkenaan boleh mengembalikan pendirian “No Anwar, No DAP” sekiranya berjaya menempatkan diri dalam pemilihan parti akan datang dan menggantikan Zahid sebagai presiden.
Parti menerima pendirian itu sebelum PRU bagi membantah kerjasama dengan Anwar dan komponen Pakatan Harapan, DAP.
“Jika Umno secara seluruhnya menarik diri dari kerajaan, Anwar tidak mampu melakukan apa-apa,” katanya. “Penarikan sokongan Umno termasuk juga BN berkemungkinan besar turut diikuti GRS dan GPS.”
Dalam pada itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, bersetuju dengan ancaman terbesar terhadap perdana menteri datangnya dari Umno.
Azmi berkata, Anwar boleh mengukuhkan kedudukannya dengan menjadikan Umno kuat di bawah Zahid menjelang pemilihan parti, yang mana perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat PRU.
Katanya, sekiranya kedudukan Zahid diperkukuh, beliau mampu kekal sebagai presiden Umno selepas pemilihan parti, sekali gus memastikan kesinambungan sokongan parti itu kepada kerajaan diterajui Anwar. FMT
Tiada jalan pintas bagi Anwar kekal majoriti – ahli akademik
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.