‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’

‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir.

Katanya, ketika pentadbiran Najib Razak dulu seluruh anggota kabinet diarah pulang walaupun berada di luar negara.

“La ni (sekarang ini) tak perlulah sebarang arahan, sebagai pemimpin yang dipilih faham-faham sendirilah!” katanya ringkas tanpa merujuk secara langsung mana-mana pihak.

Orang kuat Najib, Lokman Noor Adam malam tadi mendakwa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sedang bercuti di New Zealand ketika banjir besar melanda negeri PAS itu.

Mendakwa mempunyai maklumat terperinci percutian itu, Lokman mendakwa Samsuri berlepas ke Auckland pada 11 Dis dan hanya dijangka pulang esok (22 Dis).

Kelantan dan Terengganu menjadi negeri paling teruk dilanda banjir pada musim tengkujuh tahun ini.

Setakat ini , jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 40,456 orang daripada 11,097 keluarga berbanding 39,311 orang daripada 10,937 malam tadi. Mk

‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker