Tiga anggota SAR tanah runtuh cedera, alami masalah kesihatan

Tiga anggota SAR tanah runtuh cedera, alami masalah kesihatan

BATANG KALI: Tiga anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Batang Kali – Gohtong di sini, disahkan tidak dapat meneruskan tugas kerana kecederaan dan masalah kesihatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terkehel pada bahagian kaki, semalam dan dikejarkan ke hospital.

“Bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil dan sudah pun dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat.

“Dua lagi anggota SAR yang turut tidak dapat meneruskan tugas adalah seorang anggota bomba dan juga Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis kerana kedua-duanya mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu, media melaporkan Norazam dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira jam 6 petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, Norazam dimasukkan ke hospital berikutan mengalami keletihan dan minor stroke atau angin ahmar ringan.

Mengulas mengenai operasi SAR hari kelima hari ini, Suffian berkata operasi disambung semula pada jam 8 pagi tadi dilaksanakan 115 anggota SAR daripada pelbagai agensi.

“Sebanyak 11 unit jentera pengaut digunakan pada hari ini dibantu dua Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM akan menyambung pencarian hari ini selepas pencarian pada hari ketiga dan keempat semalam gagal menemui mangsa baharu.

“Ini termasuk pencarian di lima ‘hot spot’ yang dipercayai ada dikesan objek, semalam namun setakat ini masih negatif,” katanya. BH

Tiga anggota SAR tanah runtuh cedera, alami masalah kesihatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker