Durian percuma terpaksa diberikan
Durian percuma terpaksa diberikan
JERANTUT – Kewujudan banyak durian kampung premium dan durian klon termasuk lambakan pengeluaran durian musang king kali ini membuatkan durian kampung seperti durian sangka atau durian hijau sudah tidak laku.
Seorang pemilik kebun durian di Kampung Binjai di sini, Ishak Yaakob, 60, berkata, akibat sudah tiada harga, dia memberikan secara percuma durian sangka miliknya kepada orang ramai.
“Di kebun saya terdapat tiga batang pokok durian sangka yang ditanam oleh moyang sejak dahulu. Dianggarkan pokok ini berusia hampir 100 tahun dan masih setia berbuah lebat apabila musimnya.
“Musim ini, tiga batang pokok durian sangka ini berbuah kira-kira 1,000 biji dan mulai gugur seperti durian premium kampung lain.
“Namun, saya terpaksa memberikan buah itu secara percuma kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang lalu di kebun kerana durian sangka sudah tiada nilai lagi di pasaran ketika ini,” katanya di sini semalam.
Menurut bapa kepada tujuh anak itu, setiap pagi, dia mengutip kira-kira 60 biji durian sangka yang gugur ke tanah dan disimpan di pondok kebun sebelum diberi kepada rakan-rakan, jiran dan orang ramai.
“Daripada terbiar pecah dan busuk di pondok kebun, lebih baik saya beri percuma kepada mereka yang mengunjungi kebun ini.
“Hari ini saya menghantar seguni durian sangka ini dengan percuma kepada rakan di kampung lain yang memesan mahu menikmati buah ini,” katanya.
Katanya, sebelum wujudnya baka yang bermutu dan mahal di pasaran seperti musang king, IOI dan durian premium kampung lain, buah durian sangka juga ada nilai harga iaitu antara RM3 hingga RM5 sekilogram. K Online
Durian percuma terpaksa diberikan
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]