Dewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion
Dewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion
Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Majlis Parlimen Ke-15.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet mini, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.
Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.
Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023, antaranya termasuk bagi pembayaran emolumen penjawat awam.
Bajet Mini akan berkuat kuasa hingga Bajet 2023 dibentang dan lulus di Parlimen
Ia susulan RUU Perbekalan 2023 tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Januari depan, maka peruntukan perlu dikeluarkan bagi perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Januari hingga tarikh RUU Perbekalan 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.
Dalam pada itu, Anwar menerusi Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mencadangkan dana bernilai RM55,959,213,200 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, perbelanjaan segera itu bagi maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara, dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022.
“Jumlah wang berkenaan dalam ruang tiga dan empat penyata itu bertentangan dengan maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata ini adalah diuntukkan bagi perbelanjaan sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan,” katanya. BH
Berita lanjut menyusul
Dewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]