Bantuan tunai diteruskan, dikredit mulai Januari
Bantuan tunai diteruskan, dikredit mulai Januari
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai dilaksanakan kerajaan sebelum ini diteruskan dalam pentadbirannya, dengan bantuan fasa 1 akan dikreditkan kepada penerima pada Januari ini.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran perbelanjaan pembangunan sementara 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar (PH-Tambun) berkata, bantuan fasa 1 itu memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini. Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya.
Antara bantuan lain turut diumumkan bagi 2023 adalah:
Bantuan awal persekolah RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan isi rumah yang akan disalurkan pada Januari.
Tawaran 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak melalui program MySTEP
Bantuan musim tengkujuh pada November dan Disember berjumlah RM600 kepada pekebun kecil getah. Kerajaan juga bercadang salur bantuan tambahan RM200 juta kepada pekebun kecil getah bagi Januari.
Kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga 56.
Bantuan khas kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan pesara RM350.
RM400 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sebagai kesiapsiagaan banjir.
Terdahulu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan menteri kewangan.
Bajet mini itu melibatkan tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107.7 bilion. FMT
Bantuan tunai diteruskan, dikredit mulai Januari
Baca Artikel Menarik:
- Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
- Koleksi rekod Piala Dunia Messi
- Penduduk India keliru lihat UFO di langit
- James dan Fiona diburu imigresen
- Hamzah cabar Anwar saman media barat gelarnya homoseksual
- Gajah ‘ketuk’ pintu rumah penduduk, cari makanan
- Tanah runtuh: Anggota APM cedera, separuh badan terjerlus
- Tanah runtuh: Terlebih kerja, Pengarah Bomba Selangor diserang strok
- Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang
- Anak Shah Rukh Khan Dikecam Buka Bisnes Arak
- Ajaran sesat Millah Abraham kembali hangat diperkatakan
- Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM
- Hanya kerana buruk rupa, ini tindakan Rasulullah s.a.w. terhadapnya
- NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’
Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]