Anwar minta Hamzah ditarbiyah isu qazaf

Anwar minta Hamzah ditarbiyah isu qazaf

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendapatkan tarbiyah daripada Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai isu qazaf (tuduhan orang Islam berzina).

Menepis serangan Hamzah di Dewan Rakyat semalam, Anwar hari ini berkata Ketua Pembangkang itu tidak wajar menggunakan hujah qazaf bagi menyerangnya.

“Kita kena sabar, tidak semua kenyataan (laporan media) itu bertanggungjawab. Contohnya Ketua Pembangkang bekerja selama hampir 25 tahun, mencerca memfitnah, berkonspirasi, menyerang peribadi, menimbulkan fitnah dan diteruskan dengan cara lebih licik.

“Saya tidak akan mengulas perkara itu kerana tentunya dia (Hamzah) belum dapat tarbiyah oleh Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi) yang pernah menulis tentang qazaf.

“Saya syorkan buku itu dibaca oleh Ketua Pembangkang dan apabila baca al-Quran, terutama bagi kita yang tidak terdidik daripada sekolah agama atau sekolah Arab, bacalah dengan betul. Biar betul sedikit,” katanya merujuk bacaan surah Ali-Imran ayat 54.

Semalam Hamzah ketika membahaskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri memetik laporan didakwa dikeluarkan sebuah portal berita di Itali yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan homoseksual.

Setiausaha Agung BERSATU itu juga mendesak agar Anwar mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, yang juga Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil dalam catatan Facebook semalam turut membidas kenyataan Hamzah, dengan mengaitkan bahawa media Eropah yang dipetik Hamzah semalam, tidak berasas.

“Hati-hati Hamzah nak ‘scam’. Rupa-rupanya orang Itali pun tak pernah dengar nama ‘Agenzia Nova’ ni!,” katanya. BH

Anwar minta Hamzah ditarbiyah isu qazaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker