Intan Najuwa belum sedia jawab

Intan Najuwa belum sedia jawab

Pelakon, Intan Najuwa, 26, tidak sedia mengulas gosip bertunang dengan jejaka bergelar Datuk.

Janji Intan, apabila masa sesuai, dia akan menceritakannya. Buat masa ini, Intan hanya mahu fokus kepada kerjaya, akademik dan perniagaan.



“Sekarang saya belum bersedia bercerita mengenai hal peribadi… Belum masanya. Nanti insya-Allah kalau sudah ada masa yang betul dan bersedia, saya akan kongsi.

“Saya minta sangat, tolong doakan jodoh yang baik untuk saya. Sekarang saya tidak mahu beri pengesahan atau apa-apa kenyataan… Tunggulah nanti.

“Perkara baik saya akan kongsi. Apabila bersedia, saya sendiri kongsi,” katanya di sini, hari ini.

Intan mengulas gosip bertunang dengan individu bergelar Datuk ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen, Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di sebuah hotel, di sini.



Sebelum ini, sebuah portal melaporkan majlis pertunangan Intan dan jejaka bergelar Datuk berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, Johor.

Intan tidak menafikan dirinya diulit kebahagiaan sekarang.

“Iya, saya dalam fasa bahagia,” katanya.

Intan yang pernah membintangi drama Tak Sempurna Mencintaimu mengakui tidak serik menjalinkan hubungan biarpun pernah putus tunang.



“Itu semua pengalaman. Disebabkan itulah sekarang saya kena jaga privasi. Ini adalah salah satu cara mengelak orang bercakap perkara yang tidak baik mengenai saya, keluarga dan orang sekeliling.

“Jadi apa yang saya boleh kongsi sekarang ini adalah mengenai karier atau perniagaan. Jika hal peribadi, saya minta maaf sangat.

“Tetapi orang nak cakap apa, terpulanglah. Saya tidak boleh sekat atau cakap apa-apa. Bagi saya, masing-masing ada cara dan pendapat sendiri.

“Perkara yang positif, saya terima. Sebagai ‘public figure’, saya kena terima apa sahaja komen orang,” katanya.



Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019. Namun, hubungan mereka tidak bertahan lama berikutan tiada persefahaman. BH

Intan Najuwa belum sedia jawab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker