Mahathir kata Apandi tercemar dan hina

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengemukakan beberapa sebab mengapa beliau tidak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap kerajaan Malaysia dan beliau di luar mahkamah berhubung dakwaan pemecatan bekas Peguam Negara itu secara tidak sah pada 2018.

Bekas Perdana Menteri itu merujuk penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azimah Omar membabitkan kes saman fitnah Mohamed Apandi Ali terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada 23 Mei lalu.

Jelas Dr Mahathir, beliau percaya sesiapa yang membaca penghakiman tersebut pasti membuat kesimpulan bahawa Mohamed Apandi seorang penipu, gagal melaksana tugas sebagai Peguam Negara serta mempunyai asas untuk disiasat kerana disyaki bersubahat dan melindung jenayah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Di dalam penghakiman sepanjang 100 muka surat itu, Datuk Azimah turut menyatakan bahawa “mahkamah, walaupun dengan penuh hormat, perlu menyatakan rasa meluat terhadap betapa kejinya kenyataan Mohamed Apandi yang bercanggah, mengelak dan melakukan penipuan yang jelas.

“Banyak lagi perkara yang ditimbul oleh Hakim Azimah di dalam penghakimannya yang mempersoal sikap dan tindakan Mohamed Apandi yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menutup skandal 1MDB dan menyucikan Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Dr Mahathir dalam hantaran terbaharu di akaun media sosial beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun seharusnya tidak tunduk dan bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah dan memberi pampasan kepada saman dikemukakan Mohamed Apandi.

Sebaliknya, selain menentang di mahkamah, Idrus, tegas Dr Mahathir, perlu memulakan penyiasatan terhadap Mohamed Apandi kerana pembabitan beliau di dalam mempertahan dan bersubahat di dalam skandal 1MDB.

Tambah Dr Mahathir, Hakim Azimah dalam penghakiman bertulis yang sama turut menyatakan peranan Mohamed Apandi yang menyokong cerita dongeng bahawa duit sebanyak RM2.6 billion yang dimasukkan dalam akaun Najib adalah derma daripada Raja Arab, walaupun pegawai-pegawai yang dihantar ke Arab Saudi untuk menyiasat tidak mendapat sebarang bukti.

“Selain itu, ditimbulkan juga sikap Mohamed Apandi yang menolak mutual legal assistance (bantuan undang-undang bersama) dari pihak berkuasa Switzerland dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS), sedangkan dia (Mohamed Apandi) sedar bantuan mereka perlu untuk siasatan 1MDB,” jelas Dr Mahathir.

Beliau berkata, banyak lagi damning evidence atau bukti-bukti terkutuk yang ditulis oleh Hakim Azimah di dalam penghakiman sebagai asas menolak saman fitnah Mohamed Apandi terhadap Kit Siang.
Justeru Dr Mahathir berkata, kerajaan Malaysia seharusnya malu melantik Mohamed Apandi, yang disifatkan sebagai begitu tercemar dan terhina untuk mempengerusi apa-apa badan kerajaan termasuk jawatankuasa siasatan isu Pulau Batu Puteh.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman RM10 juta yang difailkan Mohamed Apandi Ali terhadap Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1MDB.

Hakim Azimah memutuskan bahawa Kit Siang berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.

Sementara itu, Pada 13 April lalu, media melaporkan saman difailkan Mohamed Apandi terhadap Dr Mahathir dan kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman itu difailkan Mohamed Apandi pada 13 Oktober 2020 dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak sah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker