Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman 24 Nov
Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman 24 Nov
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman pada 24 Nov.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, pusat penamaan calon akan dibuka dari 9 pagi hingga 10 pagi untuk penyerahan kertas penamaan calon.
Katanya, pusat bagi kerusi Parlimen Padang Serai adalah di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah, manakala bagi DUN Tioman, di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Rompin, Pahang.
“Calon yang sah dinamakan sebelum ini (5 Nov) juga dikehendaki hadir ke pusat berkenaan antara 9 pagi hingga 10 pagi bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan susunan nama pada kertas undi,” katanya dalam kenyataan.
SPR sebelum ini menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman ditunda kepada 7 Dis depan.
Ini susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai M Karupaiya dan calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tioman Md Yunus Ramli. FMT
Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman 24 Nov
Baca Artikel Menarik:
- Pandangan Musa Hassan tentang kemelut politik buat ‘mereka’ terpukul
- Dewan Tertinggi BN putuskan untuk kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri
- Komponen parti terikat undang-undang anti-lompat
- Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan
- Agong perlu lantik PM kerajaan minoriti, jika tiada penyelesaian kukuh
- Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
- Anwar nak pergi mana tu?
- Peluang UMNO untuk bangkit tipis sekiranya bersama PN – Hamidah
- Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur
- Harap PN tidak cari BN di Pahang
- Abang Jo demands 10pc of federal development fund be allocated to Sarawak
- ‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
- Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
- Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.